Terimakasih Atas Kunjungannya di Blog PKS Bekerja Untuk Indonesia.com
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Jumat, 25 Februari 2011

Quran Jelaskan Piezoelectric, Nanowave in Brain

Posted by PKSku on 11.30 No comments

Pendahuluan

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabiin, para mujahid, alim-ulama, para guru/ustaz, dan seluruh muslimin dan muslimat.

Sekarang kita sedang mengkaji bagaimana Al-Quran menjelaskan cara otak manusia bekerja (berfungsi), dan kenapa cara otak manusia bekerja berbeza dari otak binatang. Kenapa otak manusia tidak melalui proses evolusi seperti binatang-binatang lain, kenapa Al-Quran mengatakan ada satu "wireless engine 51:1-4" di dalam otak manusia? Enjin ini melakukan imbasan (gelombang micro/nano) untuk mengimbas data dalam neuron dan data-data ini dibawa oleh "wiqra" yang boleh dikumpul dan diikat dalam "al-Haamilat" (untuk membolehkan manusia berfikir, mengingat, termenung, mengira, dsbnya).

Soalnya bagaimana "engine 51:1-4" ini menjana nanowave (gelombang nano) sedangkan dalam kepala manusia tidak ada sebarang sumber tenaga elektrik (seperti bateri). Kenapa Al-Quran menjelaskan manusia dijadikan dari tanah? Kenapa pula syaitan dan jin dari api, malaikat dari cahaya, dan yang lain-lain dijadikan dari air?


Mikro-kristal dan Piezoelektrik

Cuba anda fikir kenapa dalam otak manusia ada mikro-kristal (yang terletak di pineal gland)? dan tahukah anda mikro-kristal ini dibuat dari apa? Dari Tanah!

Bagaimana tanah ini (mikro-kristal) boleh masuk ke dalam otak manusia? Kenapa dalam otak binatang tidak ada mikro-kristal? Adakah kera (apes) mampu membuat "brain surgery" (pembedahan otak) untuk memasukkan mikro-kristal ke dalam otaknya supaya boleh berfikir seperti manusia (dan terus secara evolusi menjadi manusia)? Atau memang benar Manusia itu asalnya dari tanah (clay)?

Tahukah anda apakah kebolehan mikro-kristal ini? Bagaimana ianya menghasilkan tenaga elektrik? Apa kaitan dengan piezoelektrik, pyroelektrik? Kenapa Allah SWT menyuruh malaikat (rakib dan atib) mencatat segala niat dan amalan manusia, tiba-tiba bila sampai hari kiamat Allah SWT menyediakan penimbang? Bagaimana nak timbang tulisan (catatan)? Kenapa tidak dikira saja (seperti akauntan mengira duit)? Bukankah ianya satu kerja tidak masuk akal untuk menimbang tulisan (catatan)? Kenapa Allah SWT tidak adakan super komputer lengkap dengan perisian akaun (untuk mengira jumlah dosa pahala)? Bagaimana piezoelektrik boleh menjadikan penimbang nano (penimbang maha halus)?

Cubalah anda fikirkan, insyaallah saya akan perjelaskan satu-persatu pada siri-siri akan datang.


Dosa Sembunyikan Ayat Quran Lebih Besar Dari Syirik

Tahukah anda Allah SWT mengatakan dosa orang yang menyembunyikan ayat-ayat Al-Quran lebih besar dari dosa orang yang syirik kepadaNya (kedua-duanya tidak akan diampun dosa dan masuk neraka)? Orang syirik hanya dibenci Allah SWT, tetapi orang yang menyembunyikan ayat-ayat Allah SWT bukan sahaja dibenci Allah SWT malah dibenci oleh segala makhluk Allah! Cuba fikir kenapa umat Islam menjadi mundur dan hina-dina, sedangkan mereka (umat Islam) diberikan kitab Al-Quran yang penuh dengan mukjizat!

Kenapa orang-orang yahudi (berkitabkan Taurah yang sudah "expire") lebih dahulu mempelupuri green/renewal energy dengan menggunakan piezoelektrik, sedangkan umat Islam yang diberikan Al-Quran (yang menjelaskan tentang piezoelektrik) dan sarat dengan pelbagai ilmu moden, maseh mencari-cari sumber lain seperti The Blue Wave, Kitab Kuning, Lateral Thinking, dan sebagainya?
Yakinlah, Al-Quran menjelaskan segala-galanya, Al-Quran memberi berita gembira kepada seluruh umat Islam. Ilmu di dalam Al-Quran bagaikan lautan, terlalu banyak, tidak akan habis untuk dikaji sampai ke hari kiamat! Untuk itu marilah kita sama-sama membina prasarana mengkaji Al-Quran, "Quranpedia".

Sekarang kita kembali kepada bab "Bagaimana Otak Manusia Bekerja", dan terlebih dahulu kita melihat dan mengkaji 
bagaimana Allah SWT mengadakan dan menjadikan makhluk sekunder (makhluk yang terjadi dari makhluk yang sudah wujud)?


Makhluk Sekunder Terjadi Dari "Daakhirun"

Makhluk sekunder adalah makhluk yang terja
di dari makhluk lain yang sudah wujud. Contohnya "Air" yang terjadi dari atom oksigen dan hidrogen. Kita tahu bahawa "atom oksigen" memang sudah wujud, begitu juga dengan "atom hodrogen". "Air" terhasil dari percantuman "atom oksigen" + "2 atom hidrogen", ini adalah hukum dan peraturan Allah SWT. Hukum dan peraturan ini akan kekal selama-lamanya, sampai ke hari kiamat, sebab Allah SWT telah berjanji tidak akan sekali-kali mengubah atau menukar hukum dan peraturan alam ini (sunnatullah).

Al-Quran menjelaskan makhluk sekunder terhasil dari ikatan (bonding) atom dan molekul, iaitu apa yang dipanggil "Daakhirun". Al-Quran menjelaskan kerja dan tugas "Daakhirun" ini ialah untuk berpusing dari kanan ke kiri-kiri untuk menghasilkan kuasa tarikan dan tolakan (medan magnet).

Adakah Nabi Muhammad seorang pakar k
imia? Adakah dia tahu tentang pelbagai jenis ikatan kimia "bonding" (seperti ionic bonding, polar covalent bonding, etc)? Bagaimana Al-Quran boleh menjelaskan dengan tepat dan jitu tentang kejadian makhluk sekunder ini?


Sekarang kita melihat dan mengkaji ayat "Daakhirun", ayat yang menjelaskan tentang kejadian sekunder ini.
Ayat di bawah adalah diambil dari terjemahan komputer dari perisian yang saya gunakan iaitu Harf dari Mesir versi 7.10m.



Dan di bawah ini adalah tafsiran secara harfiah mengikut kajian saya:


“Tidakkah mereka sentiasa perhatikan apa-apa yang Allah telah jadikan dari apa sesuatu, bayang-bayangnya sentiasa berpindah dan kembali ke tempat asal dalam keadaan seperti asal dari kanan dan ke kiri-kiri kerana patuh sujud kepada Allah, dan mereka itu adalah “daakhirun” (yang sengsara). An-Nahl 16:48.
Insyaallah kita akan bahas ayat ini dengan lebih mendalam di siri akan datang. Namun ada beberapa perkara yang hendak saya beri perhatian.


Perkara pertama:


Cuba perhatikan betapa jelasnya ayat Al-Quran (tidak ada yang terselindung). Allah SWT memberitahu dengan jelas dan terus terang "ma khalaqallahu min syai-in" iaitu apa yang Allah SWT jadikan dari apa-apa sesuatu, iaitu dari apa-apa yang sudah ada yang sudah wujud.

Allah SWT menjelaskan tentang kejadian makhluk sekunder! Kenapa kebanyakkan dari kita (umat Islam) hanya berfikir Allah SWT hanya buat apa-apa sesuatu secara "kun fayakun" (berkata jadi maka jadilah)? Adakah Allah SWT diktator? Atau Allah SWT memberi pilihan kepada makhlukNya?


Perkara ke-2:


Lihat pada perkataan "yatafayya-u" apabila dikaji melalui "Quranpedia", dan juga merujuk kepada beberapa kamus dan leksikon ianya membawa makna "return to the original place in original and good condition", iaitu kembali ke tempat asal dalam keadaan baik dan sempurna seperti asal.

Kenapa pentingnya hukum dan peraturan yang dijadikan Allah SWT ini, iaitu "kembali ke tempat asal dalam keadaan baik dan sempurna (sentiasa dalam keadaan sama, tidak ada sebarang perubahan baik dari segi bentuk, tenaga, kelajuan, dan sebagainya)"!

Pernahkah kita dengar elektron kehilangan tenaga? elektron telah wujud sejak 14 bilion tahun lagi tetapi ianya tetap berpusing (dan berputar/spinning) mengelilingi neuklues tanpa sebarang perubahan, tanpa perubahan tenaga, tanpa perubahan bentuk, saiz, dan sebagainya. Tidakkah kita hairan betapa tepat dan jitunya ayat-ayat Quran ini? Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!

Kenapa Allah SWT menyebut bayang-bayang dan tidak berterus-terang saja menyebut elektron atau foton? Adakah manusia nampak elektron atau kita hanya nampak bayang-bayangnya sahaja?


Perkara ke-3:

"Dari kanan dan kiri-kiri". Kenapa "kiri-kiri" (as-shamaa-il) itu jamak (plural), sedangkan kanan (al-yamin) itu mufrad (singular)? Adakah ianya terlepas dari mulut Nabi (secara tidak sengaja)? Atau memang Nabi Muhammad juga pakar bidang fizik dan tahu bagaimana menghasilkan medan magnet? Atau Nabi juga pakar matematik yang tahu tentang vektor, dan pertukaran vektor ini yang menyebabkan terhasil medan magnet?

Kenapa kalau "dari kanan dan kiri" (kedua-duanya mufrad) akan menjadikan keseluruhan maksud ayat ini salah dan tidak tepat lagi? Dan ianya akan menjadi bahan senda gurau ahli sains?

Adakah ayat ini diturunkan secara tidak sengaja atau memang ianya dari Allah SWT? Maha Suci Allah!


Kesimpulan

Sekarang kita sedang mengkaji bagaimana Al-Quran menjelaskan otak manusia bekerja. Namun untuk mengetahui bagaimana otak bekerja, lebih baik kita mengetahui bagaimana Allah SWT menjadikan makhluk sekunder (makhluk yang terhasil dari makhluk lain).

Al-Quran menjelaskan asal kejadian manusia adalah dari tanah, dan kini ahli sains telah menjumpai mikro-kristal dalam otak manusia (di pineal gland). Mikro-kristal ini adalah dari tanah.

Mikro-kristal bersifat piezoelektrik, boleh menghasilkan tenaga elektrik dari pergerakkan (kinetik), dan sebalik (menghasilkan pergerakkan dari tenaga elektrik). Piezoelektrik ini sudah digunakan dengan meluas di negara Yahudi untuk menjana tenaga hijau (green & renewal energy).

Al-Quran menjelaskan Allah SWT menjadi makhluk dengan beberapa cara seperti "Kun fayakun" atau dengan membenarkan makhluk itu terjadi dengan sendiri (mengikut hukum dan peraturan Allah - sunnatullah) iaitu melalui "Daakhirun" (yang sengsara), melalui proses elektrik dan kimia, proses tarikan/tolakan caj (elektrik), dan proses ikatan kimia (chemical bonding).

Insyaallah pada siri akan datang kita melihat dan mengkaji kejadian sekunder ini dengan lebih mendalam.

Segala yang baik dan benar adalah dari Allah SWT, dan segala yang salah dan silap adalah datang dari kelemahan diri saya sendiri.

Wallahu a'lam.
sumber: http://kajian-quran.blogspot.com/

0 komentar:

Posting Komentar