Terimakasih Atas Kunjungannya di Blog PKS Bekerja Untuk Indonesia.com
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Jumat, 25 Februari 2011

Al-Quran Menjelaskan Bagaimana Otak "Berfikir"

Posted by PKSku on 14.15 No comments

Pengenalan



Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh

Selamat bermusabaqah (pertandingan membaca Al-Quran) yang bertemakan “Mengukuhkan
Ukhwah, Memperkasakan Ummah”. Marilah kita sama-sama mengukuhkan ukhwah dan memperkasakan ummah dengan kitab suci Al-Quran samada melalui musabbaqah tilawah Al-Quran, atau pertandingan menghafal Al-Quran, pertandingan bertaranum, dan yang lagi penting ialah untuk kita memperkasakan ummah dengan mengkaji dan menjana ilmu-ilmu yang hebat, canggih, dan advanced.

Yakinlah, Al-Quran adalah lautan ilmu, “tibyanan likulli syai-in” menjelaskan segala-galanya. Marilah kita bersama-sama berganding bahu membina prasarana mengkaji Al-Quran -Quranpedia. Quranpedia adalah untuk 1 bilion warga siber-net yang dahagakan ilmu kebenaran, ilmu petunjuk. Quranpedia juga adalah untuk 1 milion para Saintis yang berdepan dengan “jalan buntu”; otak mereka sudah tepu, berasap, dan keliru. Mereka memerlukan “clue”, petunjuk, dan jawapan untuk jalan keluar, jalan menyelesaikan masalah kajian mereka. Insyaallah mereka akan menemui jalan keluar (idea) dari dalam kitab suci Al-Quran. Semoga Allah SWT memberi petunjuk, hidayah, kekuatan, dan kesabaran kepada kita semua.

Ulangkaji
Pada siri-siri yang lepas kita telah mengkaji bagaimana Al-Quran menjelaskan tentang ICT, iaitu ayat-ayat dari surah Az-Zaariyat 51:1-11 di mana Allah SWT telah mengajar manusia ilmu komunikasi tanpa wayar (wireless communication). Ayat 51:1 Allah SWT menjelaskan tentang penjanaan foton atau gelombang mikro, ayat 51:2 menjelaskan tentang pengandung data (coding dan aggregation), 51:3 menjelaskan tentang peluncuran data (data transmission), dan 51:4 tentang pungutan dan pembahagian data (data collection, decoding, and distribution).

Kita telah mengkaji 4 ayat 51:1-4 dari segi perkataan, nahu, dan turutan (sequent) dan mendapati penjelasan Al-Quran (tentang wireless communication) adalah tepat dan selari dengan ilmu Sains dan teknologi ICT. Adakah ini satu kebetulan? Adakah Nabi Muhammad SAW adalah ahli Sains, pakar ICT, dan pakar fizik? Atau memang Al-Quran itu Kalam Allah?

Seterusnya kita akan mengkaji beberapa penemuan baru seperti bagaimana Al-Quran menjelaskan otak manusia bekerja, dan menjelaskan tentang kejadian makhluk sekunder. Secara keseluruhan ayat 51:1-11 adalah tentang otak manusia. Ini adalah satu penemuan penting sebab ianya akan mendahului Barat dalam bidang kajian otak, kita akan melihat kehebatan dan ketinggian ilmu dari Al-Quran. Namun sebelum pergi dengan lebih mendalam tentang otak manusia, kita akan berhenti sejenak dan mengkaji bagaimana Al-Quran menjelaskan tentang kejadian makhluk sekunder (makhluk yang dijadikan dari makhluk lain) seperti Air (yang dijadikan dari atom oksigen dan hidrogen), garam (yang dijadikan dari atom sodium dan atom chloride), DNA dan sebagainya.

Betulkan Persepsi “Amalan Solehan”
Apabila mengkaji tentang "otak", Al-Quran memberi penjelasan yang amat menyeluruh dan lengkap. Al-Quran menjelaskan bahawa persepsi adalah penting untuk merubah sesuatu kaum. Maka kita akan mengambil sedikit masa untuk menerangkan serba sedikit tentang pentingnya membetulkan "persepsi" untuk memperkasakan ummah. Al-Quran menjelaskan betapa pentingnya umat Islam berpegang kepada konsep "amalan solehan" yang betul.

Tema musabaqah tilawah Quran 2010 “Mengukuhkan Ukhwah, Perkasakan Ummah” adalah satu tema yang amat baik dan relevan untuk membetulkan kembali keadaan umat Islam. Al-Quran menjelaskan untuk memperkasakan ummah, maka umat Islam mestilah membetulkan persepsi dalam minda mereka, sebab Al-Quran menegaskan “Allah tidak akan merubah sesuatu kaum sehingga kaum itu merubah apa yang ada dalam diri mereka". Yang perlu diubah ialah persepsi umat Islam terhadap konsep amalan solehan.

Konsep Amalan Solehan
Konsep amalan solehan ialah konsep penambah-baikkan atau continuous improvement atau di Jepun dikenali dengan Kaizen. Ianya bukan konsep "amal kebajikan" atau konsep "kuat beribadat" seperti yang difahami oleh ramai umat Islam. Orang yang kuat beribadat ialah "orang bertaqwa". Makna perkataan "soleh" adalah asal dari "solaha atau aslaha" yang bermakna "memperbaikki" atau "memperelokkan", dan bukannya membuat kebajikan (charity work) atau kuat ibadat.

Semua nabi-nabi yang diturunkan kepada setiap umat manusia adalah untuk melakukan amal soleh, untuk melakukan penambah-baikkan dan bukannya untuk melakukan amal kebajikan. Nabi-nabi datang untuk memperbetulkan (memperbaiki) sesuatu kaum yang sudah rosak seperti menyembah berhala, membunuh anak, memakan riba, menipu timbangan dan sebagainya. Nabi-nabi tidak diturunkan untuk membuat amal kebajikan seperti membuat jamuan hari raya secara besar-besaran, menganjurkan gotong-royong perdana, memberi subsidi, memberi mega projek, dan sebagainya.

Di dalam Al-Quran, Allah SWT telah menetapkan syarat bahawa hanya orang-orang yang melakukan amalan soleh (melakukan penambah-baikkan) sahaja yang dapat“Memperkasakan Ummah”, yang dapat menjadi khalifah, dan mempertahankan agama Islam.

Memperkasakan Ummah
Dalam surah An-Nur 24:55, Allah telah menjelaskan bagaimana untuk memperkasakan ummah, Allah SWT berjanji bahawa hanya orang-orang beriman (berfikir secara deduktif) dan beramal soleh (yang melakukan penambah-baikkan) sahaja yang dapat memerintah dunia, yang dapat mempertahankan agama Islam, dan yang dapat mengeluarkan ketakutan kepada keamanan. Kenapa orang Yahudi yang hanya berjumlah kira-kira 15 juta orang dapat memerintah dan mengawal dunia sedangkan umat Islam yang banyak seperti buih (kira-kira 1.6 bilion orang) tidak mampu berbuat apa-apa sehinggakan untuk menghantar barang bantuan makanan ke Gaza pun kena halau askar Israel?

Cuba lihat dan kaji siapa yang mereka-cipta komputer, telefon, kapal perang, bom nukluer dan sebagainya? Kenapa umat Islam tidak mampu mempertahankan diri? Kenapa Allah tidak makbul doa umat Islam sekarang? Adakah Allah telah memungkiri janji atau umat Islam tidak lagi mengerjakan amal soleh? Atau adakah umat Islam silap faham terhadap konsep dan kahendak “amal soleh”?

Tukar Persepsi Umat Islam
Kalau umat Islam bersungguh-sungguh mahu memperkasakan ummah, maka pertama sekali kita mestilah menukar persepsi kita terhadap konsep dan kahendak “Amalan Solehan”. Misalnya, setiap kali bangun pagi kita mesti berfikir tentang penambah-baikkan yang hendak dilakukan. Misalnya bagaimana untuk menambah-baik penggunaan masa, menambah-baik hubungan keluarga/persahabatan, menambah-baik proses kerja, menambah ilmu di dada, dan sebagainya. Amal soleh (kerja penambah-baikkan) mestilah dijadikan sebagai KPI bukannya visi (cita-cita), sebagai garis-panduan melakukan aktiviti harian, dan sebagai penanda aras setiap usaha.

Al-Quran amat memberi penekanan yang tinggi tehadap konsep amalan solehan sehinggakan Al-Quran mengajar apakah lawan kepada konsep amalan solehan agar umat Islam betul-betul faham dan tidak keliru dengan konsep yang penting dan hebat ini.

Al-Quran menjelaskan pada ayat 2:11 lawan (antonim) kepada amalan solehan ialah “amalan fasadan”, iaitu amalan perosakkan atau pemusnahan, amalan buruk dan keji yang dibenci dan dikutuk oleh manusia dan seluruh alam, seperti amalan rasuah, membuang masa, mengumpat, mencela, bersekedudukkan, membuang (membunuh) anak, hisap dadah, menderhaka ibu-bapa, ponteng sekolah, dan sebagainya.

Ayat 2:11 ini menjelaskan tentang orang-orang munafik yang dinasihatkan supaya jangan melakukan bencana dan kerosakkan, namun mereka menjawab mereka melakukan penambah-baikkan. Cuba perhatikan, perkataan "fasad" (tufsidu) dan "soleh" (muslihun) adalah dua perkataan utama (yang membawa maksud berlawanan) dalam ayat ini. Inilah kehebatan kaedah Al-Quran, selain dari memberi nasihat dan tunjuk-ajar, ianya juga memberi definasi dan penjelasan kepada sesuatu perkataan, terma, atau konsep. Maka dengan ini kita faham bahawa konsep orang-orang soleh ialah orang-orang yang tidak melakukan kerosakkan dan kemusnahan, dan merupakan orang-orang yang sentiasa melakukan penambah-baikkan.

Kekuatan Islam pada konsep Amalan Solehan
Allah SWT menjadikan kekuatan manusia terletak pada minda dan persepsi, pada kepercayaan dan keyakinan diri terhadap konsep “amalan solehan”. Lihatlah kepada kekuatan orang-orang yahudi; mereka mengamalkan konsep amalan solehan (continuous improvement). Mereka adalah bangsa hebat dan digeruni. Mereka menambah-baik peralatan senjata, menambah-baik alat-alat perhubungan, dan sebagainya. Begitu juga bangsa Jepun yang menggunakan konsep Kaizen menjadikan mereka ummah ke-dua terbaik di dunia.

Orang-orang Jepun menambah-baik kereta supaya menjadi lebih murah, lebih jimat minyak, lebih tahan lama, lebih mudah dibaiki, dan sebagainya. Tetapi kebanyakkan umat Islam membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk memasang sport-rim, side-skirt, spoiler, dan TV/stereo sistem pada kononnya "penambah-baikkan". Perbuatan seperti ini tidak dikira penambah-baikkan sebab ianya membuatkan kereta itu kurang stabil, kurang selamat, malah merupakan satu pembaziran.

Samalah juga dengan menukar ekzos besar atau yang berbunyi nyaring bukanlah amalan solehan tetapi amalan fasadan, amalan perosakkan sebab ianya mencemar alam sekitar dengan mengeluarkan bunyi yang bising. Begitu juga dengan duduk di dapur dari pagi sampai ke malam memasak berpuluh jenis lauk-pauk (untuk dimakan keluarga sendiri) bukanlah kerja solehah malah satu pembaziran; pembaziran wang, masa, tenaga, kesihatan, dan sebagainya.

Sekiranya umat Islam mahu diperkasakan, mahu kembali memerintah dunia maka mereka mesti kembali kepada Al-Quran, mesti merubah pandangan dan persepsi “amalan solehan”: Amalan solehan adalah kerja penambah-baikkan (continuous improvement) dan bukannya kerja kebajikan (charity work).

Teori Al-Quran “Bagaimana Otak Bekerja”
Ramai yang terperanjat (dan tidak percaya) Al-Quran telah menjelaskan bagaimana otak manusia bekerja. Malahan penjelasan Al-Quran jauh lebih baik, lebih logik, dan lebih masuk akal jika dibandingkan dengan penjelasan yang dibuat oleh para saintis atau pakar-pakar neurologi (pakar otak), dan pakar-pakar saikologi.

Pakar-pakar otak mengatakan otak manusia (dan juga binatang) bekerja dengan menggunakan neuron dan membawa signal dengan menggunakan elektro-kemikal. Neuron adalah sel-sel otak yang mengalirkan signal ransangan dari satu sel ke sel yang lain. Apabila deria menerima ransangan (samada melalui penglihatan, pendengaran, dsb), maka signal akan sampai kepada neuron, dan neuron akan menghantar isyarat itu kepada tempat khas dan tertentu dalam otak untuk diterjemah dan difahami, kemudian untuk tindak-balas atau susulan.

Untuk menjimatkan masa dan ruang, kita tidak akan menjelaskan teori Barat (cara otak bekerja) sebab tuan/puan boleh melayari internet atau u-tube. (misalnya neuron, brain, neurotransmitter, mind, dan sebagainya).

Sekiranya otak bekerja secara sambungan tetap (fixed cnnection atau hard-wired), kenapa otak manusia tidak kepanasan "over-heated"? Bayangkan terdapat 100 trilion sambungan (connection) dalam otak manusia, dan dalam satu saat otak memproses berbilion-bilion signal? Kenapa tidak berlaku short-circuit? Cuba tengok kepala Einstein, kenapa kepalanya tidak botak (kepanasan)?

Binatang Ada Otak Tetapi Tidak Berakal
Kenapa pula binatang (ada otak) tetapi tidak berakal? tidak pandai berfikir seperti manusia? Misalnya kenapa binatang tidak membasuh atau memasak dulu makanannya (sebelum makan), kenapa binatang tidak memakai baju (sentiasa berbogel), kenapa binatang tidak belajar bercakap atau menulis, dan sebagainya?

Oleh kerana semua binatang sama sahaja (tidak berakal), maka sudah tentulah cara otak manusia bekerja berbeza dari otak binatang. Kalau tidak, sudah tentu perangai manusia juga sama seperti binatang! Walaupun pada lahiriah terdapat beberapa kesamaan pada anatomi (struktur) dan fisiologi (fungsi) otak, namun sudah tentu method bekerjanya adalah jauh berbeza.

Otak Manusia Ada “Wireless Engine”
Al-Quran menjelaskan cara otak manusia bekerja (berfikir) adalah secara wireless, iaitu "Az-zariyat" menjana gelombang untuk mengimbas neuron yang aktif. Semasa mengimbas, data-data dikutip oleh "zarwa", dan dikumpulkan pada "Al-Hamilat". Al-hamilat mangikat atau menambat "zarwa" supaya otak manusia boleh "bermain-main" dengan data yang diimbas. Keadaan ini membolehkan manusia berfikir, berangan-angan, dan sebagainya.

Ayat 51:1-4 ini adalah enjin utama kepada cara otak bekerja, sama seperti jantung yang menjadi enjin utama untuk mengepam darah keseluruhan badan. Otak binatang tidak ada "enjin 51:1-4" ini. Otak binatang hanya boleh “berfikir” secara aliran sekali (single flow), dengan menggunakan neuron dan aliran elektro-kemikal. Otak binatang tidak ada pengimbas dan tidak ada kebolehan untuk mengumpul data sebab itu otak binatang tidak boleh "bermain-main" dengan image atau apa yang tergambar dalam kepala mereka, sedangkan otak manusia mampu untuk mengulang-ulang "image", mampu "replay", "stop", "rewind", tukar gambar dan sebagainya.

Oleh kerana ketiadaan enjin ini maka otak binatang berfikir secara"sepintas lalu" secara impulsive iaitu mengikut naluri yang sudah terprogram (atau telah hardwired) dalam otak binatang tersebut. Binatang hanya tahu mengikut kemahuan hawa nafsu, dan tidak mampu untuk memikirkan kesan dan risiko.

Kenapa Dipanggil "akal" (penambat)?
Yang membezakan otak binatang dengan otak manusia ialah “engine Az-Zariyat 51:1-4”. Dalam enjin ini ada sub-komponen "Al-Hamilat" atau "Pengandung" (ayat ke-dua 51:2) untuk mengandung dan menambat "zarwa" (yang membawa data yang diimbas dari neuron). "Menambat" dalam bahasa arab ialah 'aqala, maka sebab itu otak yang boleh berfikir dipanggil otak yang berakal (otak bertambat)!



Ayat 7:176 Allah SWT menjelaskan otak binatang (anjing) tidak boleh berfikir, tidak faham apa yang dikatakan oleh tuannya (manusia), walaupun ianya boleh mendengar dan melihat. Al-Quran menjelaskan "akal" inilah yang membezakan antara manusia dan binatang.

Kesimpulan
Pada siri-siri yang lepas kita mengkaji bagaimana Al-Quran menjelaskan tentang ICT, tentang wireless communication iaitu pada ayat 51:1-4. Kita seterusnya akan masuk ke topik yang sedikit berat iaitu tentang penjelasan Al-Quran bagaimana otak manusia bekerja.
Oleh kerana bab otak ini agak luas dan mendalam, maka pada siri akan datang kita akan mengkaji beberapa perkara asas terlebih dahulu seperti bagaimana makhluk sekunder (secondary creations) boleh terjadi seperti “Air – H2O”, “Garam – NaCl”, DNA, budu, belacan, dan sebagainya.
Insyallah kita akan mengkaji penjelasan Al-Quran tentang kejadian makhluk sekunder (makhluk baru yang "dilahirkan" hasil dari pergabungan atau percantuman makhluk lain yang sudah wujud) iaitu melalui proses daya tarikan/tolakkan (magnet) atau “bonding” seperti ionic bonding, covalent bonding, polar covalent bonding dan sebagainya. Al-Quran mengatakan "makhluk sekunder terjadi hasil dari pergabungan makhluk lain yang sedia ada melalui daya tarikan dan tolakkan (magnet)".
Tidakkah penjelasan Al-Quran ini selari dengan ilmu Sains dan ICT? Kenapa kita tidak mahu mengkaji Al-Quran?


Wallahu a’lam.

0 komentar:

Posting Komentar